Rabu, 25 Januari 2012

MINGGU 3: Etika Penggunaan “Emel Dan Internet”

Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika

i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer
Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko

Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. 
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point 

Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan. 



 
Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.









Sepatutnya power point ini disertakan dengan animasi dan tulisan yang menarik..tetapi malang tidak berbau..semuanya hilang setelah dimuat naik ke blog 
Harap anda suka meskipun kelihatan seperti kayu sahaja 
T_T

6 ulasan:

  1. haha.. nanti fikirkan cara camne nak upload tanpa hilangkan content.. :P alaa, kalau ada animasi, fail itu akan lambat nak load plus orang akan asyik tengok animasi, nanti dah tak baca apa yang nak disampaikan.. kahkah (skema tak ayat?)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..kelihatan seperti mempersenda sahaja..tak mengapa..memang harus memertabatkan bahasa kita..animasi yang diletakkan tidaklah keterlaluan sehingga mendatangkan gangguan kepada pelajar..hanya sebagai motivasi dan penarik minat mereka untuk terus tekun mendengar/melihat apa yang sedang guru cuba sampaikan..terima kasih

      Padam
    2. hihi.. mana ada mempersenda.. sebaliknya, mencuba untuk kembali ke era/zaman kegemilangan menjawab soalan UPSR BM Penulisan.. keke..
      disebabkan dunia kecanggihan SMS dan facebook, ramai muda-mudi mula lupa menulis BM dengan betul (ahaha..sempat ceramah kejap)

      semoga blog ini dapat memupuk kembali semangat cintakan bahasa kita.. :P

      Padam
    3. wah..harap2 macam tu lah ye..disamping sebagai perantara ilmu diharap blog ini juga dapat memperbaiki bahasa budaya kita ni

      Padam
  2. baguslah post kamu kali.banyak beri manfaat pada saya.InsyaAllah saya akan gunakan ilmu yang saya dapat daripada blog kamu ini untuk masa depan saya.semoga kita semua mendapat kebaikan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih pria tampan..insyaAllah post akan datang saya cuba bawakan ilmu yang lebih bermanfaat :)

      Padam